Friday, September 25, 2015

Resipi Cream Puff Durian

Bahan cream puff:


115 gram mentega 
235 ml air
125 gram tepung gandum
4 biji telur
secubit garam



Bahan kastard durian:


3 sudu besar gula halus 
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
2 sudu besar isi durian 



Cara membuat:


1.Panaskan ketuhar pada suhu 425 C.

2.Dalam bekas yang besar,didihkan mentega bersama air.

3.Masukkan tepung dan garam sehingga ia bertukar bentuk seperti bola.

4.Guna sudu kayu atau stand mixer,pukul telur dan campurkan bersama adunan tepung.

5.Ambil menggunakan sudu dan letakkan atas loyang pembakar.

6.Bakar sehingga 20 hingga 25 minit sehingga bertukar warna keemasan.Bahagian tengah sepatutnya kering.

7.Kastard durian:Satukan semua bahan ke dalam mangkuk,kacau sehingga sebati (kecuali mentega) kemudian tapis ke dalam periuk.

8.Semasa menapis lenyek isi durian agar hancur ketika menapis.Masukkan mentega dan masak dengan api sederhana.

9.Sentiasa kacau agar kastard tidak berketul-ketul dan hangus.Kacau sehingga masak.Sejukkan.

10.Paipkan kastard ke dalam cream puff.Taburkan snow powder di atas cream puff.





Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment